assalamualaikum :)

Thursday 29 December 2011

FAKTA.

--Lelaki : Apabila rindukan awek, biasanya lebih senang melakukan perkara lain macam melepak dengan kawan- kawan atau bersukan untuk tenangkan diri.

--Wanita : Lebih senang melayan perasaan rindu sendirian, menulis perasaanya ataupun dengar lagu-lagu cinta.

SETUJU?????????????
Awak jodoh itu rahsia Allah..
☻♥☻
/█\ /█\
.||.||.
SEKUAT mana awak setia...
SEHEBAT mana awak merancang...
SEJAUH mana awak menunggu...
SEKERAS mana awak bersabar...
SEJUJUR mana awak menerima saya...
Jika ALLAH Tidak Menulis Jodoh Kita
Bersama..Kita Tetap Tidak Akan
Bersama..
Jika ALLAH Menetapkan Jodoh kita ada..
Insyaallah..
Seberat Manapun Dugaan Yang
Diberi,Kita Tetap Akan Bersama Dengan
Izin DariNYA..
PRICE TAGG . ~ <3


Seems like everybody's got a price
I wonder how they sleep at night
When the tales come first
And the truth come second
Just stop for a minute . and smile
Why is everybody so serious
Acting so damn mysterious
You got shades on your eyes
And your heels so high
That you can't even have a good time
Everybody look to their left (yeah)
Everybody look to their right (ha)
Can you feel that yeah
We're paying with love tonight
It's not about the money 3x
We don't need your money 3x
We just wanna make the world dance
Forget about the price tag
Ain't about the (ah)
cha-ching cha-ching
Ain't about the (yeah)
ba-bling ba-bling
Wanna make the world dance
Forget about the price tag
We need to take back in time
When music made us all UNITE !
And it wasn't low blows and video heos
Am I the only one getting ... tired ?
Why is everybody so obsessed ?
Money can't buy us happiness
Can we all slow down and enjoy right now
Guarantee we'll be feeling
Alright

Everybody look to their left (yeah)
Everybody look to their right (ha)
Can you feel that yeah
We're paying with love tonight
It's not about the money 3x
We don't need your money 3x
We just wanna make the world dance
Forget about the price tag
Ain't about the (ah)
cha-ching cha-ching
Ain't about the (yeah)
ba-bling ba-bling


Wanna make the world dance
Forget about the price tag

(B.o.B)
Yeah yeah well ,
keep the price tag and take the cash back
just give me six strings and a half step .
And you can keep the cars leave me the garage and all I ...
Yes all I need are keys and guitars
and guess what ,
in 30seconds and leaving to mars
yes we leaving across these undefeatable odds
its like this man
you can't put a price on the life
we do this for so we
fight and sacrifice everynight
so we ain't gon stumble and fall never
waiting to see a sign of defeat uh uh
so we gon keep everyone moving their feet
so bring back the beat and
everybody sing it's not about ...
It's not about the money 3x
We don't need your money 3x
We just wanna make the world dance
Forget about the price tag

Ain't about the (ah)
cha-ching cha-ching
Ain't about the (yeah)
ba-bling ba-bling
Wanna make the world dance
Forget about the price tag 2x
OMBAK RINDU <3 <3

Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku

Tuhan aku tahu banyak dosa ku
Hanya ingat Kamu kala duka ku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya untuk cintaku

Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dari ku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung

Hujan bawa air mata ku
Yang mengalir membasuh luka ku
Agar dia tahu ku terseksa
Tanpa cinta dia di hatiku

Hanya mampu terserah
Moga cahaya di penanti

Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya

Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku

Wednesday 28 December 2011

Kalau saya jadi DJ,mesti saya selalu sebut name awak kat radio =)
Kalau saya jadi DOKTOR,mesti saya selalu merawat awak =)
Kalau saya jadi PENYANYI,mesti saya nyanyikan lagu untuk awak setiap hari =)
Kalau saya jadi GURU,mesti saya akan ajar awak makna cinta =)
Kalau saya jadi LAWYER,mesti saya selalu membela awak =)
Kalau saya jadi TINGGALKAN awak,saya mesti suruh awak cari peganti laen,sebab saya sayang awak dan saya tak nak awak merana =)

INILAH ERTI PENGORBANAN CINTA ♥
Sapa penah buat 4 benda ni masa kecik? sila like...

1. naik kereta,tengok bulan & ingat bulan ikut kita.
2. naik basikal,boleh lepas tangan dari 'handle',rasa hebat.
3. masa sekolah,ada orang bagi susu free,lepas ambil sekali,menyamar jadi orang lain,beratur ambil air lagi.
4. lukis burung guna huruf 'm'.
KODE UNTUK MENAMPILKAN ICON EKSPRESI WAJAH DALAM CHATING FACEBOOK

Kita sering melihat dlm status atau komentar ada yg sering menulis:

:D :P :( atau ♥

Yg belum tahu pasti tdk tahu artinya! Yg suka ngetik kode seperti diatas juga belum tentu tahu artinya (hanya ikut"an, meniru alias plagiat).

Kode tsb adalah untuk menampilkan icon ekspresi wajah dlm chating facebook, YM atau komentar di wapsite dan blog.
Kode" tsb tdk bisa digunakan dlm status dan komentar facebook kecuali anda menginstal aplikasi seperti 'facesmooch'.

Berikut kode 'emoticon' yg dpt digunakan dlm chat facebook, ingat! Dlm chating (obrolan) bukan di status dan komentar:

smile:
:) :-)

Lidah:
:p :P :-p

tertawa:
:D :-D :=D

menangis:
:'(

Kiss:
:-*:*

heart:


kedipan:
-_-

bingung:
o.00.o

kaget:
>:0 >:-0

pacman:
:v

bibir:
:3

Jika akses internet anda gratis? Anda dpt mencoba kode diatas dlm komentar di wapsite.

Saturday 24 December 2011

Andai dapat ku Undur Masa
(aku lom bace tapi dieorg cakap sedey)

Aku membencinya, itulah yang selalu kubisikkan dalam hatiku hampir sepanjang kami bersama. Meskipun menikahinya, aku tak pernah benar-benar menyerahkan hatiku padanya. Berkahwin kerana paksaan orangtua, membuatku membenci suamiku sendiri.

Walaupun berkahwin secara paksa, aku tidak pernah menunjukkan sikap benciku. Meskipun membencinya, setiap hari aku melayaninya sebagaimana tugas isteri. Aku terpaksa melakukan semuanya kerana aku tidak ada pilihanlain. Beberapa kali muncul keinginan meninggalkannya tapi aku tidak ada sumber kewangan lain dan sokongan sesiapa. Kedua orangtuaku sangat menyayangi suamiku kerana menurut mereka, suamiku adalah lelaki paling sempurna untuk satu-satunya anak perempuan mereka.


Selepas berkahwin, aku menjadi isteri yang teramat manja. Aku lakukan apa-apa sesuka hatiku. Suamiku juga memanjakanku sedemikian rupa. Aku tidak pernah benar-benar menjalani tugasku sebagai seorang isteri. Aku telah menyerahkan hidupku padanya sehingga semua perkara dia uruskan membuatku bahagia dengan menuruti semua keinginanku.

Di rumah kami, akulah ratunya. Tidak ada seorangpun yang berani melawan. Jika ada sedikit saja masalah, aku selalu menyalahkan suamiku. Aku tak suka tualanya yang basah yang diletakkan di atas katil, aku tidak suka melihat dia meletakkan sudu bekas susu di atas meja dan meninggalkan pinggan di atas meja, aku benci ketika dia memakai komputerku meskipun hanya untuk menyelesaikan tugasnya.

Aku marah kalau dia menggantung bajunya di almari bajuku, aku juga marah kalau dia memakai ubat gigi tanpa memincitnya dengan rapi, aku marah kalau dia menghubungiku berkali-kali ketika aku sedang bersenang-senang dengan kawan-kawanku.

Aku memilih untuk tidak punya anak. Meskipun tidak bekerja, tapi aku tidak mahu mengurus anak. Pada mulanya dia bersetuju dan akupun mengambil pil perancang. Tapi rupanya dia menyembunyikan keinginannya sehingga satu hari aku terlupa memakan pil dan dia walau pun dia tahu tapi dia membiarkannya. Aku mengandung dan menyedarinya setelah lebih dari empat bulan, doktor pun menolak untuk menggugurkannya.

Itulah kemarahanku terbesar padanya. Kemarahan semakin bertambah ketika aku mengandung sepasang anak kembar dan harus mengalami kelahiran yang sukar. Aku memaksanya melakukan vasectomy supaya aku tidak mengandung lagi. Dengan patuh ia melakukan semua keinginanku kerana aku mengancam akan meninggalkannya bersama kedua anak kami.

Waktu berlalu sehingga anak-anak kami berusia lapan tahun. Seperti pagi-pagi sebelumnya, aku bangun paling lambat. Suami dan anak-anak sudah menungguku di meja makan. Seperti biasa, dialah yang menyediakan sarapan pagi dan mengantar anak-anak ke sekolah. Hari itu, dia mengingatkan bahawa hari itu adalah hari lahir ibuku. Aku hanya menjawab dengan anggukan tanpa mempedulikan kata-katanya yang mengingatkan peristiwa berikut di tahun sebelumnya, semasa itu aku pergi shopping dan tidak hadir di majlis ibu. Yaah, kerana merasa teraniaya kerana di paksa kahwin, aku juga membenci kedua orangtuaku.

Sebelum ke pejabat, biasanya suamiku mencium pipiku saja dan diikuti anak-anak. Tetapi hari itu, dia juga memelukku sehingga anak-anak mengejek ayahnya. Aku berusaha mengelak dan melepaskan pelukannya. Meskipun akhirnya ikut tersenyum bersama anak-anak.

Dia kembali mencium hingga beberapa kali di depan pintu, seakan-akan berat untuk pergi.

Ketika mereka pergi, aku ke spa. Menghabiskan masa di spa adalah hobiku. Aku tiba di salon kegemaranku beberapa jam kemudian. Di spa aku bertemu salah satu rakanku iaitu rakan yang aku tidak berapa suka.Kami berbual dengan asyik termasuk saling menunjuk-nunjuk kehebatan kami.

Semasa untuk bayar spa, namun betapa terkejutnya aku ketika menyedari bahawa dompetku tertinggal di rumah. Meskipun aku membawa beg tangan tetapi dompetku tiada di dalamnya. Sambil berusaha mengingati apa yang terjadi hingga dompetku tiada aku menelefon suamiku dan bertanya.

“Maaf sayang, kelmarin Farhan meminta duit saku dan aku tidak ada duit kecil masa itu, maka kuambil dari dompetmu. Aku lupa menaruhnya kembali ke dalam beg tangan, kalau tidak salah aku letakkan di atas meja.” Katanya menjelaskan dengan lembut.

Dengan marah, aku membebel dengan kasar. Kututup handphone tanpa menunggu dia selesai bercakap. Tidak lama kemudian, handphoneku kembali berbunyi dan meskipun masih geram, akupun mengangkatnya dengan separuh membentak.

“Apalagi??”

“Sayang, aku pulang sekarang, aku akan ambil dompet dan mengantarnya kepadamu. Sayang sekarang ada dimana?” tanya suamiku cepat , khuatir aku menutup telefon kembali.

Aku menyebut nama spa dan tanpa menunggu jawapannya lagi, aku kembali menutup telefon. Aku bercakap dengan kasar dan mengatakan bahawa suamiku akan datang membayar bil spa. Tuan punya spa yang juga kenalanku sebenarnya tidak kisah dan mengatakan aku boleh membayarnya kemudian. Tapi rasa malu kerana “musuh”ku juga ikut mendengarku tertinggal dompet membuatku malu untuk berhutang dulu.

Hujan turun ketika aku melihat keluar dan berharap kereta suamiku segera sampai. Minit berlalu menjadi jam, aku semakin tidak sabar sehingga mulai menghubungi handphone suamiku. Tidak ada jawapan meskipun sudah berkali-kali aku telefon. Padahal biasanya hanya dua kali berdering telefonku sudah diangkat. Aku mulai merasa tidak selesa dan marah.

Teleponku diangkat setelah beberapa kali mencuba. Ketika suara bentakanku belum lagi keluar, terdengar suara asing menjawab telefon suamiku. Aku terdiam beberapa saat sebelum suara lelaki asing itu memperkenalkan diri, “selamat tengahari, cik. Apakah puan, isteri kepada Encik Ismadi?”

“Ya..!”

Lelaki asing itu memperkenalkan dirinya ialah seorang anggota polis. Dia memberitahu bahawa suamiku mengalami kemalangan dan sedang dibawa ke hospital.

Masa itu aku hanya terdiam dan hanya menjawab terima kasih. Ketika telefon ditutup, aku tertunduk dan bingung. Tanganku menggenggam erat handphone yang kupegang dan beberapa pekerja spa mendekatiku dan bertanya ada apa hingga wajahku menjadi pucat seputih kertas.

Entah bagaimana akhirnya aku sampai di hospital. Entah bagaimana juga tahu-tahu seluruh keluarga hadir di sana menyusulku. Aku yang hanya diam seribu bahasa menunggu suamiku di depan bilik ICU. Aku tidak tahu nak buat apa kerana selama ini dialah yang melakukan segalanya untukku.

Akhirnya setelah menunggu beberapa jam, tepat ketika berkumandang azan maghrib terdengar seorang doktor keluar dan menyampaikan berita – Suamiku telah tiada.

Dia pergi bukan kerana kemalangan tadi tetapi penyebabkan kematiannya ialah serangan stroke.
Selepas mendengar kata-kata doktor itu, aku sibuk menguatkan semangat kedua orangtuaku dan orangtuanya yang terperanjat. Sama sekali tidak ada airmata setitispun keluar di kedua mataku. Aku sibuk menenangkan ayah ibu dan mertuaku.

Anak-anak yang terpukul memelukku dengan erat tetapi kesedihan mereka sama sekali tak mampu membuatku menangis.
Ketika jenazah dibawa ke rumah dan aku duduk di hadapannya, aku termangu menatap wajah itu. Kusedari baru kali inilah aku benar-benar menatap wajahnya yang kelihatan tidur nyenyak. Kudekati wajahnya dan kutatapi. Masa itulah dadaku menjadi sesak teringat apa yang telah ia berikan padaku selama sepuluh tahun kami bersama.

Kusentuh perlahan wajahnya yang telah dingin dan kusedari inilah kali pertama kali aku menyentuh wajahnya yang dulu selalu dihiasi senyum hangat. Airmataku tiba-tiba berderai dengan deras, mengaburkan pandanganku.

Aku mencuba mengusap agar airmata tidak menghalangi tatapan terakhirku padanya, aku ingin mengingat semua bahagian wajahnya agar kenangan manis tentang suamiku tidak berakhir begitu saja. Tapi bukannya berhenti, airmataku semakin deras membanjiri kedua pipiku. Peringatan dari imam masjid yang mengurus pengebumian tidak mampu membuatku berhenti menangis. Aku berusaha menahannya, tapi dadaku sesak mengingat apa yang telah aku buat padanya terakhir kami berbicara.

-bukan karya admin ,hanya copypaste-hz

Sunday 18 December 2011

semakin hari . semakin rendu aku kd dea . dea rendu ke tak kat aku aa ? aku rase tak . coz da hampir 3 bulan litorang berpisah . satu msj or miskol dari dea pon aku tak dapat . aku rendu gela sangad-2 kd dea ! bile aku tengah dudok sorangsorang mesty and wajib aku teringat kd dea . hmm ! ==" . ape dah jadik dengan kau ny JUNAIDA SAFARI ? adoiii ! APTB !

Saturday 10 December 2011

Perempuan tu bukan TISU untuk kau , dah sedap lap hingus then buang -.-
Perempuan tu bukan BAJU untuk kau , setiap minggu nak tukar yang baru -,-
Perempuan tu bukan PATUNG untuk kau , dah couple buat bodoh je -.-
Perempuan tu bukan KELAB PELACUR untuk kau , dah puas main blah -,-
Perempuan tu bukan ROKOK untuk kau , dah isap then habis pijak -.-
Perempuan tu bukan TV untuk kau , hanya sekadar untuk hiburkan kau -.- .
Seorang pesakit memeriksa penyakitnya di sebuah klinik.. lalu doktor berkata..

Doktor : "Anda harus dibedah!"

Pesakit : "Apakah pembedahan ini berbahaya, Doktor?"
...
Doktor : "Ya... hanya 1 dari 10 pesakit yang selamat dalam pembedahan seperti ini."

Pesakit : "Apa???!!!"

Doktor : "Anda jangan takut."

Pesakit : "Kenapa?"

Doktor : "Kerana... Saya sudah membedah 9 pesakit sebelum ini dan semuanya mati."
mengapa kta btmu
bila akhr d pshkn
mengapa kta brjmpa
akhrnya d jauhkn...
kalau kita diKECEWAkan apa yang kita buat ? ::
(-_-,) - Mestilah MENANGIS dan TERKILAN

:: sebab......?? ::
(-_-,) - Tak SANGKA orang sanggup buat kita macam tu

:: dan lepas tu kita BUAT APA ? ::
(-_-,) - Tak nak PERCAYA pada dia lagi !

:: macam tu ke ? ::
(-_-,) - Mestilah

:: TIDAK RASA ke KECEWA itu satu HADIAH dari ALLAH SWT ??? ::

(-_-,) - Sebab ?

♥ Dari kerana sebab KECEWA ALLAH SWT mengajar kita LEBIH bersikap BERHATI -HATI DAN JANGAN terlalu mengharap pada MakhlukNya , INDAHKAN ?

♥ JADI jangan sedih sangat , INGAT kita ada ALLAH SWT yang SENTIASA bahagiakan kita

Insya-Allah...
Kalau satu hari kau menangis , bagitahu aku , aku tak janji nak buat kau tersenyum , tapi aku boleh menangis bersama kau :')
Kalau satu hari kau ada masalah , kau bgtahu aku , aku takjanji nak bagi penyelesaian , tapi kau boleh kongsi dengan aku :')
Kalau satu hari kau nak pergi berjalan , bagitahu aku , aku takjanji nak halang kau tapi...... ...aku boleh teman kau :')
Kalau satu hari kau perlukan seseorang untuk mendengar cerite kau , aku janji aku akan ada untuk kau :')
Tapi kalau satu hari kau perlukan aku , dan aku tiada , mungkin kerana Tuhan lebih memerlukan aku :')

hz copypaste

Wednesday 7 December 2011

Semalam aku borak dengan kawan aku...

"Sekilas pandang, kau ni nampak macam Aaron Aziz", kataku dengan ikhlas.
"Kau jangan mengarutlah!", balasnya dengan segera. Nampak dia sedikit kurang senang.
"Betul. Memang rupa dan gaya kau tu memang sebijik macam dia...", balasku kembali mempertahankan pendapatku itu.
"Kau toksah nak bodeklah! Lagi sekali kau cakap aku macam Aaron Aziz, pecah muka kau!!", tengkingnya dengan muka merah padam sambil menunjukkan buku limanya tepat ke mukaku.

Marah betul nampaknya. Memang dia betul-betul TAK PERCAYA pendapat ikhlasku tentang rupa parasnya itu.

...

Pagi tadi aku lihat gambar profil FBnya sudah ditukar kepada gambar Aaron Aziz....
Fakta mengenai lelaki =.=

1)Lelaki tidak benar-benar memilih gadis yang cantik. Mereka lebih suka gadis yang pembersih dan kemas.
2)Lelaki benci kekasih di'ngurat'
3)Seorang lelaki boleh suka anda untuk seminit, dan kemudian melupakan anda.
4)Ketika seorang lelaki berkatadia tidak memahami anda, itu hanya bermakna anda tidak berfikir seperti dia.
5)"Awak buat apa tu? " atau " Awak dah makan? "adalah soalan biasa pertama seorang lelaki bertanya di telefon hanya untuk mengelakkan gagap.
6)Mungkin lelaki mengurat sepanjang hari tapi sebelum mereka pergi tidur, mereka selalu berfikir tentang gadis yang benar-benar mereka sayang.
7)Ketika seorang lelaki benar-benar menyukai anda, dia akan mengabaikan semua perangai buruk anda.
8)Lelaki cair bila melihat senyuman gadis.
9)Lelaki akan melakukan apa saja hanya untuk mendapatkan perhatian gadis itu.
10)Lelaki benci kalau anda berbicara tentang bekas teman lelaki anda.
11)Apabila lelaki berhasrat ingin bertemu orang tua anda. Biarkan mereka. ... Jangan harap..
12)Lelaki juga boleh menangis!
13)Jangan mengapi-ngapikan seorang lelaki. Percayalah. Dia akan mengamuk walaupun dia nerd sekalipun.
14)Lelaki tidak dibuai oleh mimpi dan terlalu mengharap.
15)Lelaki biasanya berusaha keras untuk mendapatkan gadis yang telah meninggalkan mereka, dan ini membuat lebih sukar bagi mereka untuk menerima kekalahan mereka.
16)Apabila anda menyentuh hati seorang lelaki, tidak ada jalan untuk kembali.
17)Memberikan lelaki mesej tergantung seperti "Kau tau apa?!... Argh ... Takde apa-apa!" Akan membuatnya memberi kata putus yang tidak pernah anda fikirkan.
18)Seorang lelaki mampu mengurat dengan beribu cara tetapi mereka biasanya gagap ketika mereka bercakap dengan seorang gadis mereka benar-benar cinta.
19)Ketika seorang lelaki membuat "umm" berpanjangan atau memberi bermacam alasan bila anda meminta dia untuk melakukan sesuatu untukmu, sebenarnya dia ingin mengatakan bahawa dia tidak menyukai anda.
20)Ketika seorang gadis berkata "tidak", seorang lelaki mendengarnya sebagai "cuba lagi 
21)Lelaki lebih banyak bercakap daripada perempuan terutama ketika topik tentang perempuan.
22)Lelaki tidak memahami kenyataan "Get Lost" dengan baik.
23)Lelaki benar-benar berfikir bahawa perempuan adalah sukar dibaca dan mempunyai keputusan tak terduga tapi masih menyayangi mereka.
24)Lelaki tidak peduli tentang bagaimana berkilau kasut mereka tidak seperti perempuan.
25)Lelaki cenderung membuat tanggapan yang tidak benar terhadap perempuan bahawa semua perempuan itu sama, dan mereka akan menyedari bahawa mereka salah.
26)Setiap lelaki boleh menangani semua masalah-masalahnya oleh dirinya sendiri. 27)Tetapi dia terlalu keras kepala untuk menghadapinya.
28)Lelaki merasa begitu keberatan ketika seorang gadis bersumpah.
29)Titik kelemahan lelaki berada pada lutut.
30)Ketika suatu masalah mula timbul, seorang lelaki biasanya membuat dirinya nampak cool tapi masih memikirkan cara mengatasinya.
31)Ketika seorang lelaki memandangmu, dalam kepala dia hanya ada 2 perkara. Mengutuk atau syokkan kamu.
32)Apabila anda menangkap teman lelaki anda curang dan dia meminta peluang kedua, berikan kepadanya. Tapi ketika anda menangkap dia lagi dan dia meminta peluang lain, tinggalkan saja. Dia tidak serius dengan anda.
33)Jika seorang lelaki membenarkan anda memutuskan perhubungan, ini bermakna dia benar-benar mencintai anda.
34)Jika anda mempunyai teman lelaki, dan kawan teman lelaki anda selalu menjeling anda, itu jelas menunjukkan bahawa dia cemburu setiap kali anda dengan kekasih anda, dan dia lebih cintakan anda lebih daripada teman lelaki anda.
35)Lelaki belajar dari pengalaman bukan dari novel cinta yang perempuan baca dan mengambil sebagai asas pengalaman mereka.
36)Anda boleh mengetahui adakah seorang lelaki benar-benar terluka atau sakit ketika dia menangis di depan anda!
37)Jika seorang lelaki tiba-tiba meminta anda untuk dating, tanyakan dulu mengapa.
38)Ketika seorang lelaki kata dia tidak boleh tidur jika dia tidak mendengar suara anda meskipun hanya untuk satu malam, letak telefon. Dia juga kata begitu untuk gadis lain. Dia hanya ingin mengurat anda dan kadang-kadang hanya untuk permainkan anda.
39)Anda benar-benar boleh mengatakan bahawa seorang lelaki memiliki niat yang baik jika anda melihat dia bersembahyang ketika keluar dating.
40)Lelaki tidak akan mencari nasihat dari seorang lelaki melainkan dari seorang gadis.
Fakta mengenai perempuan =.=Y

1)Bila seorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.
2)Bila dia tidak menghiraukan kamu setelah kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia waktu untuk menenangkan hatinya sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.
3)Wanita susah untuk mencari sesuatu yang dia benci tentang orang yang paling dia sayangi (karena itu banyak wanita yang patah hati bila hubungannya putus di tengah jalan).
4)Jika seorang wanita jatuh cinta dengan seorang lelaki,lelaki itu akan sentiasa ada di pikirannya walaupun ketika itu dia sedang bersama dengan lelaki lain.
5)Bila lelaki yang dia cintai merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!
6)Wanita memang menyukai pujian tetapi selalu tidak tahu cara menerima pujian.
7)Jika kamu tidak suka dengan gadis yang menyukai kamu setengah mati, tolak cintanya dengan lembut, jangan berkasar dengannya karena ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tidak akan tahu bila dia telah membuat keputusan, dia akan melakukan apa saja.
8)Jika seorang gadis sedang menjauhkan diri darimu setelah kamu tolak cintanya, biarkan dia untuk seketika. Jika kamu masih ingin menganggap dia seorang kawan, cubalah tegur dia secara perlahan-lahan.
9)Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik, puisi, lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.
10)Jangan sesekali beritahu kepada perempuan tentang apa yang membuat mereka langsung merasa tidak berguna.
11)Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.
12)Bila pertama kali lelaki yang dicintainya sedang memberikan respon positif, misalnya menghubunginya melalui telepon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat, tetapi sebenarnya dia akan berteriak kerana gembira dan tak sampai sepuluh minit, semua kawan-kawannya akan mengetahui berita tersebut.
13)Sebuah senyuman memberi seribu arti bagi wanita. Jadi jangan senyum sembarangan kepada wanita.
14)Jika kamu menyukai seorang wanita, mulailah dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu lebih dalam.
15)Jika seorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar, tinggalkan dia karena dia memang tak berminat denganmu.
16)Tetapi jika dalam waktu yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.
17)Jangan sesekali meneka apa yang dirasakannya. Tanya dia sendiri!!
18)Setelah seorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya mengapa aku tidak bertemu lelaki ini lebih awal.
19)Kalau kamu masih mencari-cari cara yang paling romantis untuk memikat hati seorang gadis, bacalah buku-buku cinta.
20)Bila setiap kali melihat foto bersama, yang pertama dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian barulah dirinya sendiri.
21)Bekas kekasihnya akan selalu ada di pikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat yang teristimewa di hatinya!!
22)Satu ucapan ‘Hai’ saja sudah cukup menceriakan harinya.
23)Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.
24)Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata untuk memikat kawan mereka yang lebih cantik.
25)Cinta berarti kesetiaan, jujur dan kebahagiaan tanpa syarat.
26)Semua wanita menginginkan seorang lelaki yang dicintainya dengan sepenuh hati.
27)Senjata wanita adalah airmata!!
28)Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya memberi surprise buatnya (hadiah, bunga atau sekadar kata-kata romantik). Mereka akan terharu dan merasakan bahwa dirinya dicintai setulus hati. Dengan ini dia tidak akan ragu-ragu terhadapmu.
29)Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang memberi perhatian padanya dan baik terhadapnya. So, kalau ingin memikat wanita pandai-pandailah.
30)Sebenarnya mudah mengambil hati wanita karena apa yang mereka inginkan hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.

Tuesday 6 December 2011

Karangan budak darjah 4

Pagi itu pagi minggu.

Cuaca cukup sejuk sehingga

mencapai takat suhu beku.

Sebab itu saya tidak mandi pagi

sebab air kolah jadi air batu dan air paip

tidak mahu keluar sebab beku di dalam

batang paip. Pagi itu saya bersarapan

dengan keluarga di dalam unggun api

kerana tidak tahan sejuk. Selepas itu

emak saya mengajak saya menemaninya ke

pasar. Tetapi saya tidak mahu. Selepas

emak menikam perut saya berkali-kali

dengan garfu barulah saya bersetuju

untuk mengikutnya. Kami berjalan

sejauh 120 kilometer kerana pasar itu

letaknya 128 kilometer dari rumah.

Lagi 8 kilometer nak sampai pasar saya

ternampak sebuah lori kontena meluru

dengan laju dari arah belakang. Dia

melanggar emak saya. Emak saya

tercampak ke dalam gaung. Dia

menjerit "Adoi!". Lepas itu emak saya

naik semula dan mengejar lori

tersebut. Saya pun turut berlari di

belakang emak saya kerana takut emak

saya melanggar lori itu pula. Pemandu

lori itu nampak kami mengejarnya. Dia

pun memecut lebih laju iaitu sama

dengan kelajuan cahaya. Kami pula

terpaksa mengejar dengan lebih laju

iaitu sama dengan dua kali ganda

kelajuan cahaya. Emak saya dapat

menerajang tayar depan lori itu. Lori

itu terbabas dan melanggar pembahagi

jalan lalu bertembung dengan sebuah

feri. Feri itu terbelah dua. Penumpang

feri itu yang seramai 100 orang

semuanya mati. Pemandu feri itu sangat

marah. Dia pun bertukar menjadi

Ultraman dan memfire pemandu lori.

Pemandu lori menekan butang khas di

dalam lori dia..lori itu bertukar

menjadi robot Transformer. Mereka

bergaduh di udara. Emak saya tidak

puas hati. Dia pun terus menyewa

sebuah helikopter di Genting Highlands

dan terus ke tempat kemalangan. Dia

melanggar pemandu feri yang telah

bertukar menjadi Ultraman itu. Pemandu

feri itu terkejut dan terus bertukar

menjadi pemandu feri semula lalu

terhempas ke jalanraya. Pemandu feri

itu pecah. Pemandu lori sangat takut

melihat kejadian itu. Dia meminta maaf

dari emak saya. Dia menghulurkan

tangan ingin bersalam. Tetapi emak saya

masih marah. Dia menyendengkan

helikopternya dan mengerat tangan

pemandu lori itu dengan kipas

helikopter. Pemandu lori itu

menjerit "Adoi..!" dan jatuh ke bumi.

Emak say menghantar helikopter itu ke

Genting Highlands. Bila dia balik ke

tempat kejadian, dia terus memukul

pemandu lori itu dengan beg tangannya

sambil memarahi pemandu lori itu di

dalam bahasa Inggeris. Pemandu lori

itu tidak dapat menjawab sebab emak

saya cakap orang putih. Lalu pemandu

lori itu mati. Tidak lama kemudian

kereta polis pun sampai. Dia membuat

lapuran ke ibu pejabatnya tentang

kemalangan ngeri itu. Semua anggota

polis di pejabat polis itu terperanjat

lalu mati. Orang ramai mengerumuni

tempat kejadian kerana ingin

mengetahui apa yang telah terjadi.

Polis yang bertugas cuba menyuraikan

orang ramai lalu dia menjerit

menggunakan pembesar suara. Orang

ramai terperanjat dan semuanya mati.

Selepas itu emak saya mengajak saya ke

pasar untuk mengelak lebih ramai lagi

yang akan mati. Di pasar, emak saya

menceritakan kejadian itu kepada

penjual daging. Penjual daging dan

peniaga-peniaga berhampiran yang

mendengar cerita itu semuanya terkejut

dan mati. Saya dan emak saya terus

berlari balik ke rumah. Kerana terlalu

penat sebaik saja sampai di rumah kami

pun mati. Itulah kemalangan yang

paling ngeri yang pernah saya lihat

sebelum saya mati.

P/S : Harap2 Anak Sy Ndak Sepintar Budak Nie.. Huaahahaha!!